Pages

Friday, 24 April 2026

New phase

 Assalamualaikum beloggggku yang kusayangi!!

Hadoilah.. sudahlah lama kutinggalkan, tidak mahu mengambil peduli tentang dirimu ini.. sudahnya ke sini juga akhirnya ya..

Kelakar sungguh, setiap kali nak start menulis, setiap kali itulah dia kena sapu invisible sawang yang ada di sini. Lepas tu baca balik tulisan yang entah berapa tahun lamanya. Then, fikir sendiri ni adakah ini bethol tulisan diriku yang dahulu?? Kelakuuu.. kohkohkoh terbatuk sendiri. Dulu acah good girl sangat penulisanku.. sekarang cam apo? kekekeke.. Tidak mengapalah, hanya cuba menjadi diri sendiri.

Tup tap tup tap.. rupa-rupanya tahun ini aku sudah memasuki alam remaja tua.. hahaha

Remajalah sangat ye.. Alhamdulillah tahun ini aku sudah berusia 40 tahun. Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran aku baru-baru ini..

Ya Allah.. dah tua rupanya ye?? haha.. tapi walaupun tua, rasa tetap muda remaja gitu. Lain sungguh kalau nak compare dengan masa nak masuk umur 30 dulu. Rasa tua.. rasa tak berguna pun ada sebab dulu masih belum mempunyai hala tuju hidup. Umur 33 tahun kembali rasa muda. Bahkan tak sabar-sabar rasanya nak masuk umur 33 tahun. Sebab apa? Sebabnya usia penghuni syurga khabarnya 33 tahun dan umur itu sebenarnya kemuncak kecantikan manusia.. My 30s version was better than my 20s version. And I like my 30s version way more than my 20s version. Sebab tu bila adik-adik Gen Z sekarang tak masuk 30 lagi pun dok rasa macam "Hey.. dah tua!!" "Owh my god!! so oldd".. Chill guys.. The time will come and you'll gonna like your 30s better.

Kepada yang dok kami kami pulak tua tu.. depa tu sebenarnya rasa depa yang tua kan? Ape korang ni takkan jadi tua ke? Ke kamu nak jadi makin muda.. hey... scary okay.. Kalau 60 tahun tetap maintain macam 20 tu kan macam vampire katanyerr.. hahah.. Apapun Kami milleniel ni tetap rasa muda.. 

Okay.. enough dengan segala kemerepekan ini.. InshaAllah I will continue menulis di blog ini. Sebagai tempat meluahkan perasaan dan my safe space. Harapnya akan consistent. Dan buat masa ini rasanya nak maintain dulu blog ni as private. Tengok dulu lah ek macam mana perjalanannya..

Sebab bila baca balik tulisan yang sebelum ni.. I thought to myself, kenapalah aku ni menyedihkan sangat? Am I being to negative? Maybe yes..

So, actually since I am 40 now, aku cuba untuk melakukan beberapa perubahan dalam diri aku, yang aku fikir tidak baik. Banyak je sebenarnya kekurangan diri aku ni.. Cuma kat sini aku cuba untuk dokumenkan kehidupan aku setelah aku decide untuk menjadi seorang yang positif. Sebenarnya aku dah lupa bila Day 1 yang aku betul2 buat decision ni.. Tapi kalau tak silap aku, sehingga tarikh hari ini (24 April 2026), mungkin dalam 2-3 minggu dah. Buat masa ini tak banyak perubahan pun.. cuma yang paling ketara adalah aku jadi lebih tenang dan dapat menerima segala apa yang berlaku termasuklah kritikan negatif dari orang sekeliling dengan lebih baik. Kritikan negatif itu masih ada.. tapi aku lebih tenang dan tak rasa semak dada dan bingit kepala bila menghadapinya.. Tipulah kalau aku tak pernah meletup sepanjang percubaan aku menjadi insan positif.. tapi aku lebih cepat cool down, dan aku mampu meminta maaf walaupun aku rasa itu bukan 100% kesalahan aku. Jadi pergaduhan atau peristiwa masam muka itu tidak lama berbanding sebelum ini. Satu perkara lagi, dulu aku selalu akan rasa bersalah bila aku cuba treat diri sendiri dengan benda atau makanan yang best2.. aku akan rasa bersalah kat Umi, sebab tak bawa dia makan sama.. but heyy.. you know what bila aku bawak dia makan tempat makan yang aku rasa best tu, dia tak rasa best pun.. siap komen macam2 lagi.. lepas tu aku yang sakit hati sendiri. Tidakkah sedih??

So from now on, I try to educate myself, it is okay if I want to pamper and treat myself before other people. Even it is your own mother. You treat yourself well, but you need to promise to treat others better.. You kena satisfy and be kind to yourself first in order for you to be kind to other people. Remember, it is not a selfish act! You need to choose yourself first because others might not. You need to be present for yourself first, in order for you to choose to be present to others.. (I choked when writhing this).. To the future me.. when you read this later, remember this advice.. it is okay to choose yourself first before others.. :) Treat your self.. tapi janganlah yang mahal2 selalu.. cukuplah secawan kopi sedap dengan keropok lekor atau ayam gunting yang kau selalu beli tu.. If you feel bad now, take a deep breathe and pat on your shoulder.. hug yourself.. because you've come a long way.. and you are a lot better now.. trust me, it is going to be better.. 

Another thing yang aku sedang cuba usahakan sekarang ialah that 1% matter. In case my future self dah lupa apa dia.. benda ni adalah apa2 je 1% yang boleh jadikan your life better.. be it, kemas rumah, mop lantai, uruskan kucing, uruskan umi.. anything 1%.. just 1% first.. and now.. buat masa ini aku masih lagi tak mampu nak lakukannya. And yes, my house is still messy.. but I put my trust and effort in myself..

That's all for now.. aku dah nak balik dah ni.. sekarang masih kat tempat kerja.. datang lambat, balik pun al lambatlah.. ok2..

Assalamualaikum..

H

No comments:

Daisypath Anniversary tickers